Tuesday 25 September 2012

sinar ketenangan dalam diri hadir dari hati yang bersih

saya sayang diri saya. saya sayang insan yang bermakna dalam hidup saya. saya maafkan insan yang bencikan saya. saya tahu,mereka benci saya atas kekurangan yang ada pada diri saya. namun hati ini masih dalam proses didikan dan basuhan daripada terus dihitami oleh sifat-sifat cela. yang mana ada tidak puas hati pada saya, datang pada saya. beritahu saya. diri ini amat memerlukan teguran daripada insan yang tak mahu lihat saya terus melakukan kesilapan. tanpa mengira baik buruk insan tersebut, tampillah. beri teguran dan saya kan ucapkan ribuan terima kasih kerna prihatin terhadap diri saya.  dan kepada insan yang terus melemparkan fitnah dan menanam perasaan benci pada diri saya, saya akan sentiasa doakan yang baik2 untuk kalian sebagai balasan perbuatan kalian..biar jahat dibalas baik, jangan jahat dibalas jahat...dan saya lakukan ini semua untuk menjaga hati..membersihkan hati dari kotoran dosa...hati yang bersih, kan mewarnai jiwa yang tenang...

Thursday 2 August 2012

Doa dan Harapan



Ya Allah, bebaskan kami dari neraka, jauhkan kami dari neraka meskipun perintahmu tidak lengkap kami laksanakan, padahal engkau tahu ya Allah, manusia itu lemah ya Allah. Selamatkan kami Ya Allah,biarkan kami di Syurga...Ameen

Saturday 28 July 2012

calon penduduk syurga

Petang itu, sesudah menunaikan sembahyang asar, Nabi Muhammad mengajar kepada sahabat-shabatnya di masjid. semasa beliau sedang asyik mengajar tiba-tiba, beiau berhenti sejenak. semua sahabat tertanya-tanya.

"dari arah ini, datang calon penduduk syurga," kata Nabi Muhammad sambil menuding jarinya ke arah yang dimaksudkan.

Semua maya tertumpu ke arah yang ditunjukkan nabi Muhammad itu. masing-masing mahu mengenali , siapakah gerangan orang itu. tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dari arah yang ditunjukkan. seorang lelaki dusun. lelaki itu masuk ke majlis Nabi Muhammad sambil memberi salam hormat dan bersembahyang asar. selepas itu dia terus pulang. semua orang hanya memerhatikan sahaja gelagatnya.

keesokan harinya, nabi Muhammad memberitahu hal yang sama. lelaki itu juga yang datang. dia tetap berkelakuan seperti semalam. masuk hari ketiga, Nabi Muhammad tetap memberitahu hal yang sama. ternyata, lelaki dusun itu jugalah yang datang dan kelakuannya sama seperti hari-hari sebelumnya.

kali ini, salah seorang sahabat Nabi Muhammad cuba mengekorinya dari jauh. dia mendapati lelaki itu berasal dari desa yang bernama Sanah. desa yang terpencil. dia terus mengekori lelaki itu hingga ke rumah. beliau mengambil keputusan menemuinya. dia pun mengetuk pintu dan memberi salam hormat kepadanya. lelaki itu menyambutnya dengan gembira.

"saudara tetamu saya. masuklah,"katanya dengan mesra.

sahabat Nabi Muhammad itu menerima pelawaannya dengan mesra. dia segera masuk sebagai tetamu. selama tiga hari, beliau tinggal di rumahnya. selama itu jugalah dia cuba mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. dia mendapati lelaki dusun itu tidak biasa-biasa saja. sahabat Nabi Muhammad itu berasa hairan.

"saudara, apakah keistimewaan saudara? Nabi Muhammad mengatakan saudara adalah calon penghuni syurga," tanya sahabat Nabi Muhammad ingin tahu.


lelaki itu menundukkan kepalanya sebentar kemudian menoleh ke arah sahabat Nabi Muhammad.

"saya seperti yang saudara lihat selama tiga hari ini. tetapi saya sentiasa menjaga hati saya daripada pengaruh kejahatan dan kedengkian kepada sesiapa pun juga," katanya dengan merendah diri.

kagum sahabat Nabi Muhammad mendengarnya. penjagaan hati itulah yang menjadikan dirinya istimewa. seorang penghuni syurga.

"bertuah sungguh saudara," sahut sahabat Nabi Muhammad itu dengan gembira.

Offer dari Allah


Thursday 26 July 2012

tazkirah ramadhan 6

kalau dulu kita xsolat, kita ahli maksiat, menipu, rasa jauh dari Allah.. sebulan ini ada masa terbaik untuk mendekatkan diri kita kembali kepada Allah. siapa pun kita sebelum ini, sejauh mana kita dah pergi.. bertaubatlah kerana Allah sentiasa menunggu2 taubat dari hambaNya. rahmat dan kasih sayang Allah tidak ada sempadannya. jika tidak dalam ramadhan ini percayalah.. tiada lagi bulan yang terbaik untuk kita kembali hampir kepadaNya melainkan dengan hidayahNya. saat ini pintu syurga terbuka dengan seluas,luas,luas,luas,luas,luas,luasnya! :)

Tuesday 24 July 2012

Entah Mati Esok Lusa

khadijah oh khadijah. nama penuh siti khadijah. tapi majoriti kenalan memanggilku dengan gelaran 'khati' . ala-ala enggeris la sangat. hidupku bagai tiada arah tuju. bangun pagi bukan diwaktu pagi. sebaliknya jam tepat pukul 12.00 pm barulah terbeliak biji mata membuka melihat dunia. subuh entah kemana. apa yang aku pedulikan. tidurku bagai tidur mati. penuh dengan nikmat dibuai mimpi. lepas mandi, makan, terusku siapkan diri untuk keluar berfoya-foya bersama rakan. tempat biasa, kelab hiburan. bila malam tentunya kelab malam. habis tak sempat keluar kelab malam, wayangla tempat persinggahanku.

Roy, roy , roy...teman lelakiku...lelaki kaki flirt tapi masih ku percayai. tanpa segan silu memegang tanganku dan merangkul pinggangku sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul. sesekali rasa rimas, tapi sekali sekala roy memalingkan rokoknya ke arahku tanda 'mempelawa' aku rokok. okay, aku hisap. sedap rasa walaupun aku tahu akibat bahayanya.

pabila malam menjelma, tentunya tempat lepak paling strategik buatku adalah kelab malam. bila jejaknya kaki ke tempat syaitan itu, tahu sajalah. balik dengan kepala pusing-pusing. fikiran melayang-layang. tutur bicara merapu, mata lali. macam-macam. semuanya yang negatif.


dikala perjalanan pulangku ke rumah.... seorang diri memandu kereta dalam keadaan 'mabuk' ,tiba-tiba enjin kereta mati di tengah jalan. jalan yang sepi. tiada banyak kenderaan lalu lalang disitu. apatah lagi manusia. jiwa ini memberontak seiring dengan kepala yang pusing-pusing akibat mabuk.
ku cuba menoleh kepala ke langit. ku lihat cahaya bulan terang menerangi malam itu. ku dengar tiupan angin bertiup menyelak rambutku. lembutnya tiupun angin itu. tiba-tiba, ku lihat seorang jejaka berbasikal menuju ke arahku. dengan berpakaian serba putih dan berserban, terus beliau datang ke arahku lalu berkata

'assalamualaikum cik.. kehidupan ini hanyalah persinggahan kita. yang abadi hanyalah di akhirat. alangkah ruginya jika cik adik melakukan perkara-perkara yang sia-sia. jauhi perkara yang Allah murka. berubahlah jadi hamba yang sentiasa taat kepada Allah. insyaAllah, jika kita niat ingin berubah ke arah kebaikan, Allah akan permudahkan usaha dan urusan kita dengan menghantar orang yang baik-baik untuk kita. pintu taubat sentiasa terbuka luas. taubat lah wahai hamba Allah' kata jejaka itu dengan suara yang lemah lembut disertai dengan senyuman yang memikat kalbu

lalu terdetik di hati ku...Ya Allah........berderai-derai air mata mencurah-curah membasahi pipi. bergetar jantungku. menggigil tubuhku. lebih dasyat lagi pabila lelaki yang muncul tadi hilang dari pandanganku. lalu terusku memasuki kereta. cuba untuk menghidupkan enjin kereta. sekali...tidak..dua kali..tidak hidup lagi..tiga kali...ya, kali ini hidup..lalu ku memecut laju kereta dengan hati yang penuh berdegup kencang. ku cuba untuk menenangkan diriku, ku 'on radio'...suara azan kedengaran.....pelik, dari mana datang suara azan itu sedangkan sudah pukul 1 pagi. merdu..merdu suara azan itu...menusuk ke kalbuku...menyentuh jiwaku..berlinang air mataku...hingga mampu membuatku titiskan air mata taubat segala dosa.

Ya Allah, hanya padaMu layakku meminta..hanya padaMu layak ku memohon ampun. jahilnya aku ketika dahulu kerna sering melupakanMu. mudahku rebah dengan bisikan syaitan. aku bersyukur Ya Allah, syukur kerna diberi kesempatan untukku bertaubat. tidak ingin ku mati di dalam keadaan yang penuh berlumuran dosa. ya Allah, terima lah taubatku ini...