Saturday, 28 July 2012

calon penduduk syurga

Petang itu, sesudah menunaikan sembahyang asar, Nabi Muhammad mengajar kepada sahabat-shabatnya di masjid. semasa beliau sedang asyik mengajar tiba-tiba, beiau berhenti sejenak. semua sahabat tertanya-tanya.

"dari arah ini, datang calon penduduk syurga," kata Nabi Muhammad sambil menuding jarinya ke arah yang dimaksudkan.

Semua maya tertumpu ke arah yang ditunjukkan nabi Muhammad itu. masing-masing mahu mengenali , siapakah gerangan orang itu. tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dari arah yang ditunjukkan. seorang lelaki dusun. lelaki itu masuk ke majlis Nabi Muhammad sambil memberi salam hormat dan bersembahyang asar. selepas itu dia terus pulang. semua orang hanya memerhatikan sahaja gelagatnya.

keesokan harinya, nabi Muhammad memberitahu hal yang sama. lelaki itu juga yang datang. dia tetap berkelakuan seperti semalam. masuk hari ketiga, Nabi Muhammad tetap memberitahu hal yang sama. ternyata, lelaki dusun itu jugalah yang datang dan kelakuannya sama seperti hari-hari sebelumnya.

kali ini, salah seorang sahabat Nabi Muhammad cuba mengekorinya dari jauh. dia mendapati lelaki itu berasal dari desa yang bernama Sanah. desa yang terpencil. dia terus mengekori lelaki itu hingga ke rumah. beliau mengambil keputusan menemuinya. dia pun mengetuk pintu dan memberi salam hormat kepadanya. lelaki itu menyambutnya dengan gembira.

"saudara tetamu saya. masuklah,"katanya dengan mesra.

sahabat Nabi Muhammad itu menerima pelawaannya dengan mesra. dia segera masuk sebagai tetamu. selama tiga hari, beliau tinggal di rumahnya. selama itu jugalah dia cuba mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. dia mendapati lelaki dusun itu tidak biasa-biasa saja. sahabat Nabi Muhammad itu berasa hairan.

"saudara, apakah keistimewaan saudara? Nabi Muhammad mengatakan saudara adalah calon penghuni syurga," tanya sahabat Nabi Muhammad ingin tahu.


lelaki itu menundukkan kepalanya sebentar kemudian menoleh ke arah sahabat Nabi Muhammad.

"saya seperti yang saudara lihat selama tiga hari ini. tetapi saya sentiasa menjaga hati saya daripada pengaruh kejahatan dan kedengkian kepada sesiapa pun juga," katanya dengan merendah diri.

kagum sahabat Nabi Muhammad mendengarnya. penjagaan hati itulah yang menjadikan dirinya istimewa. seorang penghuni syurga.

"bertuah sungguh saudara," sahut sahabat Nabi Muhammad itu dengan gembira.

No comments:

Post a Comment