Tuesday, 25 September 2012
sinar ketenangan dalam diri hadir dari hati yang bersih
saya sayang diri saya. saya sayang insan yang bermakna dalam hidup saya. saya maafkan insan yang bencikan saya. saya tahu,mereka benci saya atas kekurangan yang ada pada diri saya. namun hati ini masih dalam proses didikan dan basuhan daripada terus dihitami oleh sifat-sifat cela. yang mana ada tidak puas hati pada saya, datang pada saya. beritahu saya. diri ini amat memerlukan teguran daripada insan yang tak mahu lihat saya terus melakukan kesilapan. tanpa mengira baik buruk insan tersebut, tampillah. beri teguran dan saya kan ucapkan ribuan terima kasih kerna prihatin terhadap diri saya. dan kepada insan yang terus melemparkan fitnah dan menanam perasaan benci pada diri saya, saya akan sentiasa doakan yang baik2 untuk kalian sebagai balasan perbuatan kalian..biar jahat dibalas baik, jangan jahat dibalas jahat...dan saya lakukan ini semua untuk menjaga hati..membersihkan hati dari kotoran dosa...hati yang bersih, kan mewarnai jiwa yang tenang...
Thursday, 2 August 2012
Doa dan Harapan
Ya Allah, bebaskan kami dari neraka, jauhkan kami dari neraka meskipun perintahmu tidak lengkap kami laksanakan, padahal engkau tahu ya Allah, manusia itu lemah ya Allah. Selamatkan kami Ya Allah,biarkan kami di Syurga...Ameen
Saturday, 28 July 2012
calon penduduk syurga
Petang itu, sesudah menunaikan sembahyang asar, Nabi Muhammad mengajar kepada sahabat-shabatnya di masjid. semasa beliau sedang asyik mengajar tiba-tiba, beiau berhenti sejenak. semua sahabat tertanya-tanya.
"dari arah ini, datang calon penduduk syurga," kata Nabi Muhammad sambil menuding jarinya ke arah yang dimaksudkan.
Semua maya tertumpu ke arah yang ditunjukkan nabi Muhammad itu. masing-masing mahu mengenali , siapakah gerangan orang itu. tidak lama kemudian, seorang lelaki datang dari arah yang ditunjukkan. seorang lelaki dusun. lelaki itu masuk ke majlis Nabi Muhammad sambil memberi salam hormat dan bersembahyang asar. selepas itu dia terus pulang. semua orang hanya memerhatikan sahaja gelagatnya.
keesokan harinya, nabi Muhammad memberitahu hal yang sama. lelaki itu juga yang datang. dia tetap berkelakuan seperti semalam. masuk hari ketiga, Nabi Muhammad tetap memberitahu hal yang sama. ternyata, lelaki dusun itu jugalah yang datang dan kelakuannya sama seperti hari-hari sebelumnya.
kali ini, salah seorang sahabat Nabi Muhammad cuba mengekorinya dari jauh. dia mendapati lelaki itu berasal dari desa yang bernama Sanah. desa yang terpencil. dia terus mengekori lelaki itu hingga ke rumah. beliau mengambil keputusan menemuinya. dia pun mengetuk pintu dan memberi salam hormat kepadanya. lelaki itu menyambutnya dengan gembira.
"saudara tetamu saya. masuklah,"katanya dengan mesra.
sahabat Nabi Muhammad itu menerima pelawaannya dengan mesra. dia segera masuk sebagai tetamu. selama tiga hari, beliau tinggal di rumahnya. selama itu jugalah dia cuba mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. dia mendapati lelaki dusun itu tidak biasa-biasa saja. sahabat Nabi Muhammad itu berasa hairan.
"saudara, apakah keistimewaan saudara? Nabi Muhammad mengatakan saudara adalah calon penghuni syurga," tanya sahabat Nabi Muhammad ingin tahu.
lelaki itu menundukkan kepalanya sebentar kemudian menoleh ke arah sahabat Nabi Muhammad.
"saya seperti yang saudara lihat selama tiga hari ini. tetapi saya sentiasa menjaga hati saya daripada pengaruh kejahatan dan kedengkian kepada sesiapa pun juga," katanya dengan merendah diri.
kagum sahabat Nabi Muhammad mendengarnya. penjagaan hati itulah yang menjadikan dirinya istimewa. seorang penghuni syurga.
"bertuah sungguh saudara," sahut sahabat Nabi Muhammad itu dengan gembira.

Thursday, 26 July 2012
tazkirah ramadhan 6
kalau
dulu kita xsolat, kita ahli maksiat, menipu, rasa jauh dari Allah..
sebulan ini ada masa terbaik untuk mendekatkan diri kita kembali kepada
Allah. siapa pun kita sebelum ini, sejauh mana kita dah pergi..
bertaubatlah kerana Allah sentiasa menunggu2 taubat dari hambaNya.
rahmat dan kasih sayang Allah tidak ada sempadannya. jika tidak dalam
ramadhan ini percayalah.. tiada lagi bulan yang terbaik untuk kita
kembali hampir kepadaNya melainkan dengan hidayahNya. saat ini pintu
syurga terbuka dengan seluas,luas,luas,luas,luas,lua s,luasnya! :)
Wednesday, 25 July 2012
Tuesday, 24 July 2012
Entah Mati Esok Lusa
khadijah oh khadijah. nama penuh siti khadijah. tapi majoriti kenalan memanggilku dengan gelaran 'khati' . ala-ala enggeris la sangat. hidupku bagai tiada arah tuju. bangun pagi bukan diwaktu pagi. sebaliknya jam tepat pukul 12.00 pm barulah terbeliak biji mata membuka melihat dunia. subuh entah kemana. apa yang aku pedulikan. tidurku bagai tidur mati. penuh dengan nikmat dibuai mimpi. lepas mandi, makan, terusku siapkan diri untuk keluar berfoya-foya bersama rakan. tempat biasa, kelab hiburan. bila malam tentunya kelab malam. habis tak sempat keluar kelab malam, wayangla tempat persinggahanku.
Roy, roy , roy...teman lelakiku...lelaki kaki flirt tapi masih ku percayai. tanpa segan silu memegang tanganku dan merangkul pinggangku sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul. sesekali rasa rimas, tapi sekali sekala roy memalingkan rokoknya ke arahku tanda 'mempelawa' aku rokok. okay, aku hisap. sedap rasa walaupun aku tahu akibat bahayanya.
pabila malam menjelma, tentunya tempat lepak paling strategik buatku adalah kelab malam. bila jejaknya kaki ke tempat syaitan itu, tahu sajalah. balik dengan kepala pusing-pusing. fikiran melayang-layang. tutur bicara merapu, mata lali. macam-macam. semuanya yang negatif.
dikala perjalanan pulangku ke rumah.... seorang diri memandu kereta dalam keadaan 'mabuk' ,tiba-tiba enjin kereta mati di tengah jalan. jalan yang sepi. tiada banyak kenderaan lalu lalang disitu. apatah lagi manusia. jiwa ini memberontak seiring dengan kepala yang pusing-pusing akibat mabuk.
ku cuba menoleh kepala ke langit. ku lihat cahaya bulan terang menerangi malam itu. ku dengar tiupan angin bertiup menyelak rambutku. lembutnya tiupun angin itu. tiba-tiba, ku lihat seorang jejaka berbasikal menuju ke arahku. dengan berpakaian serba putih dan berserban, terus beliau datang ke arahku lalu berkata
'assalamualaikum cik.. kehidupan ini hanyalah persinggahan kita. yang abadi hanyalah di akhirat. alangkah ruginya jika cik adik melakukan perkara-perkara yang sia-sia. jauhi perkara yang Allah murka. berubahlah jadi hamba yang sentiasa taat kepada Allah. insyaAllah, jika kita niat ingin berubah ke arah kebaikan, Allah akan permudahkan usaha dan urusan kita dengan menghantar orang yang baik-baik untuk kita. pintu taubat sentiasa terbuka luas. taubat lah wahai hamba Allah' kata jejaka itu dengan suara yang lemah lembut disertai dengan senyuman yang memikat kalbu
lalu terdetik di hati ku...Ya Allah........berderai-derai air mata mencurah-curah membasahi pipi. bergetar jantungku. menggigil tubuhku. lebih dasyat lagi pabila lelaki yang muncul tadi hilang dari pandanganku. lalu terusku memasuki kereta. cuba untuk menghidupkan enjin kereta. sekali...tidak..dua kali..tidak hidup lagi..tiga kali...ya, kali ini hidup..lalu ku memecut laju kereta dengan hati yang penuh berdegup kencang. ku cuba untuk menenangkan diriku, ku 'on radio'...suara azan kedengaran.....pelik, dari mana datang suara azan itu sedangkan sudah pukul 1 pagi. merdu..merdu suara azan itu...menusuk ke kalbuku...menyentuh jiwaku..berlinang air mataku...hingga mampu membuatku titiskan air mata taubat segala dosa.
Ya Allah, hanya padaMu layakku meminta..hanya padaMu layak ku memohon ampun. jahilnya aku ketika dahulu kerna sering melupakanMu. mudahku rebah dengan bisikan syaitan. aku bersyukur Ya Allah, syukur kerna diberi kesempatan untukku bertaubat. tidak ingin ku mati di dalam keadaan yang penuh berlumuran dosa. ya Allah, terima lah taubatku ini...

Monday, 23 July 2012
Sunday, 22 July 2012
Doa dan harapan di bulan Ramadhan
Saturday, 30 June 2012
Jangan Sesal Perkara Lalu
Jangan sesal perkara yang lalu, dan jangan risau perkara akan datang. gunakan sepenuhnya masa kini (hidup dalam mengenang Allah). sentiasalah bersedia untuk mati dan pungut bekalan untuk jalan ke akhirat itu. perhitungkanlah amalanmu sebelum kamu diperhitungkan di akhirat nanti. orang yang menutup mulutnya akan terselamat. apakah gunanya dunia jika itu menyebabkan kamu lupakan Allah.
Janganlah benci kepada orang yang berdosa itu, kerana kamu tidak tahu sebelu dia meninggal dunia, mungkin dia bertaubat dan llah menerima taubatnya dan meninggikan darjatnya. tanda orang yang beriman itu ialah dia menentang perkara keduniaan dan tidak pernah memuji makhluk.

sebesar zarah iman adalah lebih baik daripada kekayaan dunia, kerna ia membawa kepada keselamatan.
Thursday, 28 June 2012
Luahan isi hati
Apabila
saya berpura-pura tabah, tiada siapa dapat melihat air mata tersembunyi
saya kecuali Allah. Apabila saya sedih dan memerlukan seseorang untuk
bersandar dan menangis, tiada seorang pun yang memberi sokongan kecuali
Allah.
Kadangkala seseorang menghukum saya atas kesalahan yang tidak saya lakukan, Allah mengabaikan dan memberi keampunan atas kesalahan yang saya lakukan. Itulah Allah, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Mengasihi dan segala pujian hanyalah untuk-Nya...
Tuesday, 26 June 2012
Cara Mengetahui Hukum
kali ini saya nak kongsi pulak tentang ilmu usul fiqh,harap dapat faham dengan jelas...
Ulamak berselisih kepada 2
pendapat tentang ini, iaitu:
1. Pendapat
Jumhur Ulamak
2. Pendapat
Syiah dan Muktazilah
Apa yang
dikatakan dengan pendapat Jumhur Ulamak?
Jumhur ulamak
berpendapat utk mengetahui sesuatu hukum syarak ialah melalui nas-nas syarak
juga, bukannya dengan akal fikiran manusia. Jumhur ulamak berpendapat akal
manusia itu berperanan sebagai alat untuk memahami dalil-dalil syarak yang
menjelaskan hukum tersebut.
Apa pula yang dikatakan
dengan pendapat Syiah dan Muktazilah?
Golongan syiah
muktazilah pula berpendapat bahawa untuk mengetahui sesuatu hukum syarak itu ialah dengan melalui
akal manusia sepenuhnya, dan tidak berhajat kepada dalil, atau nas syarak.
Menurut pendapat mereka, nas dan dalil syarak hanya bertindak sebagai
menguatkan dan mengukuhkan lagi apa yang telah difahami oleh akal. Oleh sebab
itu, puak muktazilah mentafsirkan al-Qur’an dan Hadis mengikut akal.
Walau bagaimana pun, pendapat
yang rajih dan lebih tepat ialah
pendapat jumhur, di mana untuk mengetahui sesuatu hukum syarak ialah melalui
nas syarak juga, bukannya dengan akal pemikiran manusia.
sekian...
Thursday, 21 June 2012
Apa yang kamu dapat??
apa yang kamu dapat jika bercakap perkara yang sia-sia?
apa yang kamu dapat jika bermegah-megah dengan apa yang kamu ada?
apa yang kamu dapat jika menjejaki lembah maksiat?
apa yang kamu dapat jika benarkan lelaki bukan mahram menyentuhi kamu?
apa yang kamu dapat jika menegok arak air syaitan itu?
apa yang kamu dapat jika berani mendedah aurat?
apa yang kamu dapat jika mencaci,menghina,menfitnah orang lain?
apa yang kamu dapat jika mengaibkan orang lain?
apa yang kamu dapat jika layang-layang terputus talinya?
rugi kan?? RUGI jawapannya..
hidup tanpa pegangan agama yang utuh ibarat layang-layang terputus talinya.
renung-renungkanlah...
Wednesday, 20 June 2012
siapakah aku???
diriku hanya insan biasa
lahir di muka bumi ciptaan Ilahi
meniti kehidupan yang sementara
menempuh ranjau duri dan ombak badai
biar apa pun terjadi hidup perlu diteruskan
biar tercalit kisah suka dan duka
biar dihujani dengan dosa
biar perbuatan dimurka
namun hati ini tetap rapuh
mencari sinar yang hilang
menggapai tempat untuk berpaut
menginsafi kekhilafan
berserta doa dan harapan
memohon kemaafan
moga hati dibersihkan dari segala dosa
aku hanya insan biasa
yang tak punya apa-apa
tapi masih bersyukur dengan nikmat Allah
nikmat yang tak terkira
setiap saat dapat menghembus nafas
setiap saat dapat merasai udara percuma
setiap saat dapat menatap keindahan muka bumi
sungguh tiada terkira
kini ku bersiap sedia
mengemas bekalan amalan
meniti kematian yang tak diduga
untuk dibawa kesana
tempat yang abadi
dan hanya mengharapkan rahmat Allah
biar diri ini tak layak untuk bau syurga
namun ku tetap mengharapkan kasih Ilahi...
moga dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat....

Tuesday, 19 June 2012
Diriku Berlumuran Dosa...
Di perjalanan kehidupan yang penuh dengan tipu daya bernama dunia yang fana. diriku bagaikan terkapai-kapai mencari tempat berpaut. pautan yang utuh agar tidak terus hanyut dengan derasan bisikan syaitan. benar, semua manusia tidak sempurna. aku hanyalah hamba Allah yang berlumuran dengan dosa-dosa. terlalu banyak kesilapan yang kulakukan dengan sedar mahupun tanpa sedari.
diri ini mudah tersungkur dan rebah, tetapi masih terdetik di benak hati ini utk segera bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan lalu..lama kelamaan. jatuh pula dalam lembah hina. lembah dosa..dan di saat itu aku yakin hanya Allah yang berhak mengampuni dosa-dosaku..sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka luas..yakin yakin dan yakin..Allah ampuni dosa2 ku..
kadang-kadang kita mudah menilai keburukan orang dan menghukum mereka dengan kejam. tapi kedudukan mereka dengan Allah, kita jangan masuk campur. tidak mustahil orang yang kita lihat di dunia ini jahat dan tersangat jahat sehingga kita benci untuk menatap wajahnya. tiba-tiba mana tahu suatu hari nanti dia mendahului kita di akhirat kelak di dalam kebaikan..Hanya Allah yang mengetahui segala benda yang ada di dalam jantung hati manusia..
setiap manusia kelihatan sama, tapi tak sama apa yang terpendam dalam jiwa kita. setiap orang yang duduk dalam saf lalu menyatakan 'Allahu akbar' bunyinya sama tetapi tak sama dari segi khusyuknya. setiap orang yang berdoa bunyinya sama.. 'Ya Rabb' ...tetapi tak sama dalam tawakal dan harapannya..setiap orang yang mengaku bahawa dirinya beriman, bunyi nya sama. tetapi adakah sama iman kita dengan iman para sahabat Nabi dan iman kita sesama kita??
konklusinya, jangan kita mudah menghukum manusia di dalam satu bab saja. setiap manusia ada baik dan buruknya. kita bukan penilai terbaik. hanya Allah yang layak menilai kita. syurga atau neraka tempat kita nanti. kepada hamba Allah yang berlumuran dengan dosa, usah mudah putus asa..teruskan bertaubat dengan segera dan kesali dosa2 yang dilakukan. sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
sekian....
Monday, 18 June 2012
Sunday, 17 June 2012
HIKMAH SOLAT DI AWAL WAKTU MENURUT SAINS
Sabda Nabi SAW
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Saturday, 16 June 2012
35 petua menjadi pelajar cemerlang - Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Beliau adalah salah seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia.
Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
2. kita ingat 20 % apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
10. Berbuat baik dengan guru
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
sekian, selamat beramal...
Friday, 15 June 2012
Sabar Menghadapi Ujian Allah S.W.T
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦
(Surah al-baqarah: Ayat 155-156)
maksudnya:Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (155)(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Intisari Ayat:
Allah menurunkan berbagai-bagai bentuk ujian kpd hambaNya sama ada dlm bentuk kesenangan, kesusahan, kemiskinan, kekecewaan, dan sebagainya. semua ujian tersebut adalah utk menguji keimanan hambaNya. mereka yg sabar menghadapi ujian tersebut akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
disini sedikit tips cara menghadapi ujian Allah:
- bersabar dan bertawakal kpd Allah
- redha dgn ujian yg menimpa
- berusaha utk menyelesaikan masalah dgn cara yg betul dan bkn dengan cara yg emosi
- tidak menyalahkan nasib diri dgn ujian yg menimpanya.
- berdoa kpd Allah memohon pertolongan agar dipermudahkan segala urusan di dunia.
- tidak putus asa dan terlalu kecewa dgn ujian tersebut.
sekian, selamat beribadah...
Thursday, 14 June 2012
Keampunan dan Rahmat Milik Allah S.W.T
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ٢٣
(surah Al-A'raf: Ayat 23)
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
sebenarnya kejayaan hidup di dunia dan di akhirat tercapai melalui limpah rahmat dan keampunan Allah. Dia berhak mengampunkan dosa-dosa hambaNya yg bertaubat dan memohon keampunanNYa. so, sesiapa yg melakukan kesalahan, segeralah bertaubat kpd Allah agar tidak termasuk dlm golongan org yg rugi di dunia dan akhirat. ingatlah, Allah memberi jaminan bahawa Dia akan mengampunkan hambaNya yg memohon keampunan dgn ikhlas.
Antara cara memohon keampunan Allah ialah dgn menyesal , menginsafi, dan berazam tidak akan mengulangi dosa yg telah dilakukan, serta berbanyaklah beristighfar memohon keampunan Allah. orang yg beriman dan bertakwa sentiasa meminta sesuatu pertolongan dan memohon keampunan Allah. ini adalah kerana mereka benar2 yakin hanya Allah sahaja yang boleh menolong dan memberi keampunan kepada hambaNya.
sekian, selamat beramal ibadah...

tafakur
http://www.youtube.com/watch?v=7wlrmzSHdpM
Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan
Ku titiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku
Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu
Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Ya Allah… Ya Allah…
Amalan Hati Yang Terbaik bagi Setiap Muslim Sejati
ikhlas
janganlah sesekali kita meremehkan sebarang amalan yg telah kita kerjakan apabila kita berniat ikhlas utk melakukannya. walaupun amalan itu sedikit, namun jika diiringi dgn niat ikhlas, banyak pahala yg akan kita perolehi.
tawakal
tawakal bukan sahaja berkaitan dgn urusan duniawi dan mencari rezeki semata-mata, bahkan diharuskan pula dalam masalah beribadat kpd Allah SWT.
optimis
seseorang yg menunggu sesuatu yg disukai, sedangkan ia telah menjalankan semua penyebab yg sesuai dengan syarat yg dikehendaki olehnya sehingga tiada lagi yg tertinggal kecuali hal-hal yg berada di luar jangkauan syarat dan kehendaknya sahaja.
takut
rasa takut yg dianjurkan adalah yg mendorong pelakunya utk mengerjakan perbuatan yg diwajibkan di samping yg disunnahkan, selain mendorongnya utk meninggalkan perkara-perkara yg diharamkan di samping hal2 yg syubhah dan yg dimakruhkan.
Sunday, 3 June 2012
Tuesday, 15 May 2012
Dimana Datangnya Kekuatan Untuk Aku Terus Hidup??
ku akui semester 4 ni penuh dengan segala suka dan duka...semester yang mengajar aku erti kematangan hidup...benar diriku kejam dan banyak dosa...benar diriku kerap rapuh dengan godaan syaitan...benar diriku selalu dibuai keseronokan dunia...kadang-kadang air mata mengalir tanpa diduga...menandakan sayunya hati...bersalah nya diri ini pabila mengenangkan dosa-dosa lalu...bersyukur padaMu Ya Allah...syukur...berikan aku kekuatan untuk menempuhi pahit getir kehidupan yang sebenar...dunia yang indah disaluti warna-warni coretan suka-duka...sesungguhnya Allah dah takdirkan yang terbaik untuk aku...aku terima dengan redha...berpegang kepada prinsip hidup aku 'doakan untuk kebaikan semua'....biarpun orang yang aku penah kejami atau orang yang kejamkan aku, doalah untuk kebaikan mereka...walaupun orang benci kita habis-habisan dengan kejahatan yang pernah kita lakukan, tapi ingatlah kita akan kebaikan orang tersebut terhadap kita dan berdoalah untuk kebaikan mereka..
Monday, 26 March 2012
Sukan Sukan Sukan
sejak akhir-akhir ni aku memang sibuk sikit dengan Sukan Universiti Utara Malaysia. sibuk dengan acara olahraga dan liga sukuum bg sukan hoki. tapi sukuum kali ni aku terpaksa melepaskan pingat bagi acara merejam lembing tatkala injured akibat daripada main hoki. memang jadual aku padat. kelas hari ahad sampai pukul 5. lepas tu sambung pulak dengan training. kalau ada game petang tu, memang kena terkejar-kejar la untuk pergi ke pusat sukan. kalau hari isnin pulak, kelas habis pukul 3.30 petang. lepas tu pukul 5.30 petang kena training setiap hari. memang boleh naik muscle aku. huahuahua..begitu juga dengan hari2 lain, setiap petang kena turun training. training sampai azan berkumandang baru kami akan stop. habis training, sebelah malam kena fokus utk asignment pulak. then, study...cewahh! ulat buku la sgt! memang penat..tp fun..enjoy..sekarang ni rutin harian aku dah berubah. dulu aku memang kuat tido petang, tp semenjak aktif dengan sukan ni, memang sukar nak tido petang. malah kalau sehari tak turun training or joging, memang rasa lain. boleh demam sehari kot..huahuahua...baru2 ni jgk, aku terlibat dengan majlis perasmian SUKUUM 2012..aku jadi ketua pasukan sorak..pergggghhh, memang boleh hilang suara pada keesokan hari 2. .. memang memerlukan pekikan suara yang kuat...paling manis, bila DPP YAB diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga kontigen terrrbaikk....memang terbaik di situ...dah2, tengok la bingkisan gambar2 sebagai coretan cerita...>>>>>
pasukan hoki YAB
with farhana (geng pasukan sorak)
basikal fixie penyeri gambar...
berbasikal dalam stadium..(suma org tengok)
ini yang terrrbaikk
segalanya utk YAB
we are the championnnnnnn!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)