Thursday, 14 June 2012

Keampunan dan Rahmat Milik Allah S.W.T

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ٢٣
                                                                                                                         (surah Al-A'raf: Ayat 23)
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".



sebenarnya kejayaan hidup di dunia dan di akhirat tercapai melalui limpah rahmat dan keampunan Allah. Dia berhak mengampunkan dosa-dosa hambaNya yg bertaubat dan memohon keampunanNYa. so, sesiapa yg melakukan kesalahan, segeralah bertaubat kpd Allah agar tidak termasuk dlm golongan org yg rugi di dunia dan akhirat. ingatlah, Allah memberi jaminan bahawa Dia akan mengampunkan hambaNya yg memohon keampunan dgn ikhlas.

Antara cara memohon keampunan Allah ialah dgn menyesal , menginsafi, dan berazam tidak akan mengulangi dosa yg telah dilakukan, serta berbanyaklah beristighfar memohon keampunan Allah. orang yg beriman dan bertakwa sentiasa meminta sesuatu pertolongan dan memohon keampunan Allah. ini adalah kerana mereka benar2 yakin hanya Allah sahaja yang boleh menolong dan memberi keampunan kepada hambaNya.








sekian, selamat beramal ibadah...

No comments:

Post a Comment