Tuesday, 26 June 2012

Cara Mengetahui Hukum



kali ini saya nak kongsi pulak tentang ilmu usul fiqh,harap dapat faham dengan jelas...






Ulamak berselisih kepada 2 pendapat tentang ini, iaitu:


1.       Pendapat Jumhur Ulamak


2.       Pendapat Syiah dan Muktazilah








Apa yang dikatakan dengan pendapat Jumhur Ulamak?





Jumhur ulamak berpendapat utk mengetahui sesuatu hukum syarak ialah melalui nas-nas syarak juga, bukannya dengan akal fikiran manusia. Jumhur ulamak berpendapat akal manusia itu berperanan sebagai alat untuk memahami dalil-dalil syarak yang menjelaskan hukum tersebut.





Apa pula yang dikatakan dengan pendapat Syiah dan Muktazilah?





Golongan syiah muktazilah pula berpendapat bahawa untuk mengetahui  sesuatu hukum syarak itu ialah dengan melalui akal manusia sepenuhnya, dan tidak berhajat kepada dalil, atau nas syarak. Menurut pendapat mereka, nas dan dalil syarak hanya bertindak sebagai menguatkan dan mengukuhkan lagi apa yang telah difahami oleh akal. Oleh sebab itu, puak muktazilah mentafsirkan al-Qur’an dan Hadis mengikut akal.


                Walau bagaimana pun, pendapat yang rajih dan lebih tepat ialah pendapat jumhur, di mana untuk mengetahui sesuatu hukum syarak ialah melalui nas syarak juga, bukannya dengan akal pemikiran manusia.




sekian...

No comments:

Post a Comment